Blog ini berisi berbagai informasi mengenai ilmu tasawuf,thariqah attijaniyyah dan keilmuan islam yang lainnya sebagai tambahan wawasan bagi yang memerlukannya.
"Ketahuilah, bahwa tashawuf itu ialah patuh mengamalkan perintah dan menjauhi larangan lahir dan bathin sesuai dengan ridha-Nya, bukan sesuai dengan ridhamu" (Asy-Syaikh Ahmad At-Tijani, Jawahirul Ma'ani, 2 : 84)
Senin, 08 Januari 2018
WAFAQ KHOTAMUN NUBUWWAH
Berkata Alamah Zurqani dalam kitab AlMawahidunyah syarah ‘ala Syamail,
tertulis dalam segitiga itu, ” Allah Tunggal Ia, Tiada Sekutu BagiNya,
Muhammad,HambaNya,RasulNya,” dan di luar segitiga itu pada arah kanan ,
“Hadaplah Hai Muhammad sekira-kira engkau mau (Hadaplah atau Pergilah ke
mana engkau mau) dan di sebelah kirinya pula,“Sesungguhnya engkau
Muhammad dibela atau dibantu,”
DENGAN NAMA ALLOH YANG MAHA PEMURAH LAGI PENYAYANG
Puji dan syukur Lillahi Akbar
Atas nikmatnya kecil dan besar
Sholawat akmal beserta salam
Di atas Datuk Kami Nabi pelita alam
Dan atas keluarganya Nabi
Fathimah, Hasan, Husein dan Ali
Dan turunannya Hasan dan Husein
Hingga kiamat beserta Qur’an,
TELAH SAMPAI BERITA KEPADA AL-FAQIR BAHAWA ADA SEORANG HAMBA ALLOH YG
MENUDUH MEREKA YG BERAMAL DGN WAFAQ KHOTAMUNNBUWWAH SEBAGAI AMALAN
SYIRIK DAN BID'AH PADAHAL DIA SENDIRI TIDAK MEMAHAMI APA ITU MAKNA
SYIRIK...,MAKA DENGAN TAUFIQ INAYAH ALLOH DENGAN RENDAH DIRI AL-FAQIR
BERUSAHA MEMBETULKAN KEADA'AN YANG SEBENAR,MOGA MANFA'AT UTK AL-FAQIR
DAN SAHABAT-SAHABAT SEKELIAN...
DI ANTARA KELEBIHAN-KELEBIHAN NABI MUHAMMAD S.A.W
NABI S.A.W DICAP DENGAN CAP KHATAMUN NUBUWWAH HIKMATNYA MENENTUKANNYA
MENENTUKAN BAHAWA NABI S.A.W ITU YANG MENYUDAHI SEGALA NABI-NABI DAN
RASUL-RASUL DAN PULA CAP ITU DI BELAKANG DIHADAPKAN KERANA APABILA NABI
ITU KELUAR DARIPADA RUMAHNYA SENTIASA CAP KHATAMUN NUBUWWAH INI KEPADA
KITA AMAT BANYAK, SETENGAH DARIPADANYA SIAPA-SIAPA YANG MENJADIKAN CAP
KHATAMUN NUBUWWAH INI SEBAGAI HIASAN DI RUMAH ADALAH AHLI RUMAH ITU
DIPELIHARAKAN ALLAH DARIPADA KEBAKARAN DAN KECURIAN SEPERTI SABDA NABI
S.A.W YANG DIRIWAYATKAN SAIDINA ALI DI DALAM KITAB MAHAMATANIAH SABDANYA
BERMAKSUD “SIAPA-SIAPA YANG MENJADIAN IA AKAN LUKISAN KHATAMUN NUBUWWAH
AKU (PERHIASAN BAGI RUMAH)DIPERLIHARAKAN OLEH ALLAH BAGINYA DARIPADA
PENYAKIT TAUN DAN WABAK DAN TADA MATI OLEH AHLINYA MELAINKAN ATAS TIAP
IMAN DAN MELUASKAN OLEH ALLAH DALAM KUBURNYA DAN MENERANGKAN DIA DAN
DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA DENGAN TIADA HISAB”.DAN DIRIWAYATKAN DARIPADA
ANAS SABDA NABI S.A.W YANG BERMAKSUD “BERMULA RUMAH YANG ADA LUKISAN
KHATAMUN NUBUWWAH AKU DI DALAMNYA MAKA SESUNGUNYA DIPELIHARAKAN OLEH
ALLAH DARIPADA KEBAKARAN DAN KECURIAN DAN DARIPADA TIAP-TIAP SETERU, DAN
TIADA DIMATIKAN MELAINKAN DIALIHNYA TEMPAT DUDUK DI DALAM SYURGA DAN
MELUASKAN OLEH ALAH TAALA DI DALAM KUBURNYA DAN MENERANGKAN DIA.DAN KATA
IMAM AT-TARMIZI SIAPA –SIAPA YANG MELIHAT KEPADA RUPA KHATAMUN NUBUWWAH
NABI S.A.W PAGI-PAGI DIPERLIHARAKAN HINGGA KE PETANG DAN SIAPA –SIAPA
YANG MELIHAT PETANG DIPERLIHARAKAN HINGGA KE PAGI DAN SIAPA-SIAPA YAN
MELHAT WAKTU MUSAFIR DIPERLIHARAKAN DAN DIBERKATIKAN HINGGA IA KEMBALI.
*******
Dari as-Sa’ib bin Yazid r.a. dikemukakan:
“saudara ibuku membawa aku untuk menemui Nabi s.a.w., lantas ia berkata
kepada Rasulullah s.a.w.: ,’ anak saudaraku ini sakit.’
Ketika itu, Rasulullah s.a.w. menyapu kepalaku (as-Sa’ib), mendoakan
keb...erkahan untukku dan berwudhu. Air sisa wudhu’nya lalu kuminum.
Setelah itu, aku berdiri di belakangnya; aku memandang kepada khatam
(tanda) yang terletak di antara kedua bahunya. Ternyata, khatam itu
sebesar telur burung dara.”
(Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id dari Hatim bin Ismail, dari Ja’d
bin ‘Abdurrahman yang bersumber dari Sa’ib bin Yazid r.a.)
*******
Ibrahim bin Muhammad pernah mendengar salah seorang putera ‘Ali bin Abi Thalib k.w. berkata:
“Apabila ‘Ali k.w. menceritakan sifat Rasulullah s.a.w., maka ia akan
bercerita panjang lebar. Dan ia akan berkata: ‘Di antara kedua bahunya
terdapat Khatam kenabian, iaitu Khatam para Nabi.’”
(Riwayat Ahmad ‘Ubadah ad-Dlabi ‘Ali bin Hujr dan lainnya, yang mereka
terima dari Isa bin Yunus dari ‘Umar bin ‘Abdullah, dari ‘Ibrahim bin
Muhammad yang bersumber dari salah seorang putera ‘Ali bin Abi Thalib
k.w.)
*******
Dalam suatu riwayat, Alba’ bin Ahmar al-Yasykuri mengadakan dialog
dengan Abu Zaid ‘Amr bin Akhthab al-Anshari r.a. sebagai berikut:
“Abu Zaid berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku: ‘Wahai Abu Zaid mendekatlah kepadaku dan usaplah belakang tubuhku.’
Maka belakang tubuhnya kuusap, dan terasa jari jemariku menyentuh
Khatam. Aku (Alba’ bin Ahmar al-Yaskuri) bertanya kepada Abu Zaid:
‘Apakah khatam itu?’
Abu Zaid menjawab: ‘Kumpulan bulu-bulu.’”
(Riwayat Muhammad bin Basyar, dari Abu ‘Ashim dari ‘Uzrah bin Tsabit, yang bersumber dari Alba’ bin Ahmar al-Yasykuri)
*******
Abu Buraidah r.a. menceritakan tentang pengalaman Salman al-Farisi sebagai berikut:
“Salman al-farisi datang membawa baki berisi kurma kepada Rasulullah
s.a.w. (sewaktu ia baru tiba di Madinah). Baki itu diletakkannya di
hadapan Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Wahai Salman! Apa ini?’
Salman menjawab: ‘Ini sedekah buat anda dan sahabat anda.’
Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Angkatlah ini dari sini, kami tidak makan sedekah.’
Baki itu pun diangkat oleh Salman. Keesokan harinya, ia datang lagi
dengan membawa makanan yang serupa dan diletakkan di hadapan Rasulullah
s.a.w.
Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘ Apakah ini wahai Salman?’
Salman menjawab: ‘ Ini adalah hadiah buat tuan.’
Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya: ‘HIdangkanlah!’
Kemudian Salman memperhatikan Khatam yang terletak di belakang
Rasulullah s.a.w. (bahagian belakang badannya sebelah atas) maka ia pun
(Salman) menyatakan keimanannya kepada Beliau. Salman r.a. adalah budak
seorang Yahudi, maka oleh rasulullah s.a.w. ia dibeli dengan beberapa
dirham, yakni dengan cara mengupah menanam pohon kurma. Salman bekerja
di kebun itu sampai pohon-pohon kurman itu berbuah. Rasulullah s.a.w.
membantunya menanam pohon-pohon itu. Di antaranya ada sebatang pohon
yang ditanam ‘Umar r.a. Pohon-pohon itu tumbuh dengan subur, kecuali
sebatang pohon yang mati.
Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Kenapa pohon yang satu ini?’
Umar r.a. menjawab: ‘Wahai Rasulullah, sayalah yang menanamnya.’
Rasulullah s.a.w. pun mencabutnya, kemudian menanaminya lagi, dan tumbuhlah dengan baik.”
(Riwayat Abu ‘Ammar bin Harits al-Khuza’i, dari ‘Ali bin Husein bin
Waqid, dari ‘Abdullah bin Buraidah, yang bersumber dari Abu Buraidah
r.a.)
*******
Abu Nadirah al-’Aufi pernah bertanya kepada Abi Sa’id al-Khudri perihal khatam. Inilah ceritanya:
Aku bertanya kepada Abu Sa’id al-Khudri perihal Khatam Kenabian Rasulullah s.a.w.
Ia menjawab: ‘ Khatam itu di bahagian belakang badan Rasulullah s.a.w. merupakan daging yang menyembul.”
(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Bisyr bin al-Wadlan, dari
Abu ;Aqil ad-Dauraqi yang bersumber dari Abu Nadlrah al-’Aufi)
*******
‘Abdullah bin Sirjis menceritakan pengalamannya tatkala bersama Rasulullah s.a.w.:
Aku datang menghadap Rasulullah s.a.w. sewaktu beliau sedang berada di
antara sahabat-sahabatnya. Aku berkeliling sedemikian rupa di
belakangnya. Rupanya beliau mengerti apa yang kuinginkan, maka beliau
melepaskan selendang dari belakangnya, kemudian terlihatlah olehku
tempat Khatam Kenabian yang berada di antara kedua bahunya sebesar
genggaman tangan, di sekitarnya terdapat tahi lalat, seakan-akan
kumpulan jerawat. Sebelum aku kembali, aku menghadap dulu kepada
Rasulullah s.a.w., kemudian kukatakan:
‘Wahai Rasulullah, semoga Allah s.w.t. melimpahkan maghfirah-Nya kepada tuan!’
“Dan mohonlah ampun kerana dosamu dan mohonlah ampun untuk orang-orang Mu’min, lelaki dan perempuan.” (Muhammad:19)
(riwayat Ahmad bin al-Muqaddam ‘Abul Asy’ats al-’Ajali al-Bashri, dari
Hammad bin Zaid dari ‘Ashim al-Ahwal, yang bersumber dari ‘Abdullah bin
Sirjis)
*******
Dari Jabir bin Samurah r.a. mengemukakan perihal Khatamun-Nabi sebagai berikut:
“Aku pernah melihat khatam (kenabian)… Ia terletak di antara kedua bahu
Rasulullah s.a.w. Bentuknya seperti sepotong daging berwarna merah
sebesar telur burung dara.”
(Riwayat Sa’id bin Ya’qub at-Thalaqani dari Ayub bin Jabir, dari Simak bin Harb yang bersumber dari Jabir bin Samurah r.a.)
*******
Seorang wanita bernama Rumaitsah bercerita kepada cucunya, iaitu Ashim bin ‘Umar r.a. sebagai berikut:
“Waktu aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, aku duduk berdampingan
dengan beliau s.a.w., begitu dekatnya, seandainya aku mahu mengucup
tanda kenabian yang terletak di antara kedua bahunya, tentu dapat
kulakukan.
Adapun, sabda beliau yang ditujukan kepada Sa’ad bin Mu’adz di kala
meninggal dunia ialah: ‘bergoncang Arasy Allah yang Maha Rahman
kerananya (kerana kematian Sa’ad).’”
(Riwayat Abu Mush’ab al-Madini, dari Yusuf bin al-Majisyun, dari
bapanya, dari ‘Ashim bin ‘Umar bin Qatadah yang bersumber dari neneknya,
iaitu Rumaitsah)
*******
Abu Nadirah al-’Aufi pernah bertanya kepada Abi Sa’id al-Khudri perihal khatam. Inilah ceritanya:
Aku bertanya kepada Abu Sa’id al-Khudri perihal Khatam Kenabian Rasulullah s.a.w.
Ia menjawab: ‘ Khatam itu di bahagian belakang badan Rasulullah s.a.w. merupakan daging yang menyembul.”
(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Bisyr bin al-Wadlan, dari
Abu ;Aqil ad-Dauraqi yang bersumber dari Abu Nadlrah al-’Aufi)
Diantara dua bahu nabi SAW ada cap kenabian (Khatamun Nubuwwah)
Dari kitab (Kifayatul Muhtaj bagi bicara israk&mikraj m/s 4)
diceritakan..ketika nabi sedang berada ni Hijir Ismail(
Baitullah)..datang malaikat Jibrail dan Mikail, dan dibelah dada nabi
dari pangkal leher hingga ke bawah perut, dan disucikan hati nabi dan
dibasuh jantung nabi dengan air zam-zam 3 kali..dan kemudian dimaterikan
antara dua belikat Rasulullah dengan Khatamun Nubuwwah..
Dari kitab Madarijus Suud..syarah ala Maulid Barzanji m/s
51&52...(cap kenabian) ialah daging atau lemak yang hitam (nampak
timbul) bercampur kekuningan(seperti urat), kelilingnya itu ade
bulu-buluan(bulu roma) yang beriring-iringan seolah-olahnya bulu kuda
(halus), berkata Alamah Zurqani dalam kitab AlMawahidunyah syarah ‘ala
Syamail, tertulis dalam segitiga itu,
” Allah Tunggal Ia, Tiada Sekutu BagiNya, Muhammad,HambaNya,RasulNya,”
dan di luar segitiga itu pada arah kanan , “Hadaplah Hai Muhammad
sekira-kira engkau mau (Hadaplah atau Pergilah ke mana engkau mau) dan
di sebelah kirinya pula,“Sesungguhnya engkau Muhammad dibela atau
dibantu,”
Khasiat Wafak Khotamun Nubuwwah
Menurut Mafhum Hadis yang dipindahkan daripada Imam At-Tirmidzi ra. katanya:
“Sesiapa melihat KHOTAMUN NUBUWWAH dalam keadaan berwudhu’;
1. Pada waktu Subuh nescaya dia dipelihara oleh ALLAH hingga ke petang.
2. Pada waktu Maghrib terpelihara dia oleh ALLAH hingga ke pagi.
3. Ketika berjalan atau bermusafir maka jadilah sepanjang perjalanannya berkat dan selamat, Insya’ALLAH.
4. Sesiapa yang mati dalam tahun tersebut, maka dimatikan dalam iman.”
Yang dimaksudkan dengan melihat, ialah melihat ke dalam diri sendiri semasa mengamalkannya.
Tanda Khotamun Nubuwwah pada diri Nabi Muhammad SAW menunjukkan Nabi
SAW adalah penamat/penutup segala Nabi dan Rasul. Tanda ini berada pada
belikat Rasullullah SAW.
Para Ulama berbeza pendapat mengenai bentuknya. Yang paling masyhur
tanda itu seperti telur burung merpati, iaitu berbentuk gumpalan daging
yang menonjol disebelah kiri di bahagian atas, memancarkan cahaya,
tampak berwibawa dan berbau wangi.
Antaranya sesiapa yang menjadikan tanda Nubuwwah Nabi SAW ini sebagai
perhiasan di rumah, maka ahli rumah tersebut akan terpelihara oleh ALLAH
daripada penyakit taun dan wabak, terhindar dari kebakaran dan kecurian
sepertimana sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Saidina Ali KW ra. di
dalam Kitab Mahamatnainiah, yang bermaksud:
“Sesiapa yang menjadikan lukisan KHOTAMUN NUBUWWAH aku perhiasan,
dipelihara oleh ALLAH baginya daripada penyakit taun dan wabak dan tidak
mati melainkan mati dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa
hisab.“
Dan di dalam hadis yang lain yang diriwayatkan daripada Annas ra. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Bermula rumah yang ada lukisan KHOTAMUN NUBUWWAH aku di dalamnya, maka
dipelihara oleh ALLAH baginya daripada kebakaran dan kecurian, dan
daripada setiap musuh, dan tidak dimatikannya melainkan tempatnya di
Syurga dan diluaskan oleh ALLAH kuburnya dan diterangi olehNya dengan
cahaya.“
Tidak ada komentar:
Posting Komentar