"Ketahuilah, bahwa tashawuf itu ialah patuh mengamalkan perintah dan menjauhi larangan lahir dan bathin sesuai dengan ridha-Nya, bukan sesuai dengan ridhamu" (Asy-Syaikh Ahmad At-Tijani, Jawahirul Ma'ani, 2 : 84)

Rabu, 16 Januari 2013

Manfaat Dzikir Untuk Otak

Salah satu Man­faat Dzikir  dalam Fir­man Allah Surah Ar-Ra’d, ayat 28 : “ (yaitu) orang-orang yang beri­man dan hati mereka man­jadi ten­teram den­gan mengin­gat Allah. Ingat­lah, hanya den­gan mengin­gati Allah-lah hati men­jadi tenteram.”
Otak hanyalah aktiv­i­tas bio-elektrik yang meli­batkan sekumpu­lan saraf yang bertang­gung­jawab untuk melakukan tugas-tugas tertentu. Setiap hari 14 juta saraf yang mem­ben­tuk otak ini berin­ter­aksi den­gan 16 juta saraf tubuh yang lain.
Semua aktiv­i­tas yang kita lakukan dan Kepa­haman ilmu yang kita mengerti adalah ben­tuk dari ali­ran inter­aksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Jadi, apa­bila seo­rang itu berzikir den­gan men­gu­langi kalimat-kalimat Allah, seperti Sub­hanal­lah, beber­apa kawasan otak yang ter­li­bat men­jadi aktif.
Ini menye­babkan aktif nya satu ali­ran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir dise­but berulang-ulang kali, aktiv­iti saraf ini men­jadi bertam­bah aktif dan turut menam­bah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpu­lan saraf yang san­gat aktif ini mem­pen­garuhi kumpu­lan saraf yang lain untuk turut sama aktif.
Den­gan itu, otak men­jadi aktif secara keseluruhan. Otak mulai mema­hami hal baru, meli­hat dari sudut per­spek­tif berbeda dan semakin kre­atif dan kri­tis, sedang sebelum ber dzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cer­das secara tidak lang­sung mem­pen­garuhi hati untuk melakukan kebaikan dan mener­ima kebenaran.

Man­faat Dzikir Untuk Otak

Hasil kajian mak­mal yang dilakukan ter­hadap sub­jek ini dimuat dalam majalah Sci­en­tific Amer­i­can, kelu­aran Dis­em­ber 1993. Satu kajian yang dilakukan di Uni­ver­siti Wash­ing­ton dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang men­gukur kadar aktiv­i­tas otak manu­sia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu unta­ian perkataan benda. Mereka dis­u­ruh mem­baca setiap perkataan  terse­but satu per­satu dan men­gaitkan perkataan-perkataan den­gan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beber­apa baha­gian berbeda otak mem­pamerkan pen­ingkatan aktiv­i­tas saraf, ter­ma­suk di seba­gian depan otak dan korteks.
Menariknya, apa­bila sukarelawan ini men­gu­langi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiv­iti saraf otak mere­bak pada kawasan lain dan men­gak­tifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiv­iti saraf kem­bali meningkat di kawasan pertama.
Ini sekali gus mem­buk­tikan secara sain­tifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti per­bu­atan ber dzikir, ter­bukti meningkatkan kecer­gasan otak dan menam­bah kemampuannya. Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika sain­tis Barat baru men­e­mui mukjizat ini, kita umat ter­pilih ini telah lama menga­malkan­nya dan mener­ima manfaatnya. Masihkah kita meman­dang enteng berdzikir dan mengabaikannya?

Tidak ada komentar:

Posting Komentar